D' Ria Homestay

near Batu Pahat , Johor

181
211
  • 181
  • 211
209 D' Ria Homestay @ UTHM Parit Raja Batu Pahat
Room type
Shared
Accommodates
5

Description

D' Ria Homestay memperkenalkan suasana kehidupan dalam kampung tradisional. Terletak di Kg Parit Samion, Parit Raja, Batu Pahat, jarak homestay ini adalah kurang 2km dari kampus utama Universiti Tun Hussein Malaysia (UTHM)dan Bandar Universiti.

Dengan landskap menarik, D' Ria Homestay menawarkan suasana kehidupan tenang, nyaman, dan dingin dalam suasana kampung jauh daripada kesesakan dan kebisingan kota.

Kami sedang menaik taraf landskap di sekitar homestay ini dengan menanam rumput karpet dan pokok-pokok hiasan lain bagi mengindahkan kawasan ini yang dilakukan secara berperingkat.

Di hadapan homestay ini terdapat satu kawasan bersaiz padang futsal digunakan oleh anak-anak kampung secara percuma untuk beriadah dengan bermain bolasepak pada waktu petang.

Kami menyediakan kemudahan tempat letak kereta yang selesa terbuka dan luas dan juga tempat letak kereta berbumbung yang terhad

D' Ria Homestay menyediakan kemudahan berupa lima buah unit rumah dalam dua kategori iaitu :

A) 4 buah unit homestay setiap satu berupa bilik studio dengan katil bersaiz queen, dua bantal, tilam/toto, aircond, televisyen dilengkapi kemudahan Astro, sebuah bilik air yang bersih dengan water heater, sterika, kettle, almari pakaian dan kemasan dalaman. Kadar sewa RM90.00 semalam.

b) Sebuah unit homestay dengan dua bilik, sebuah dapur dan kelengkapan dapur, sebuah bilik air yang bersih dan selesa, water heater, aircond, sebuah katil queen, katil single, tiga bantal, tilam/toto, televisyen berserta Astro, sebuah peti ais mini, dua almari pakaian, sterika, kettle, dan kemasan dalaman. Kadar sewa RM120.00 semalam.

Check in - 2.00 petang
Check out - 12.00 tengahari


Policy

Only for Muslim and Muslimah.


Location

Jalan Ayer Hitam Batu Pahat
Batu Pahat , Johor
80260 Malaysia

Get Direction

RM90.00

per night