near KUCHING , Sarawak
Description
Anda ingin mencari tempat penginapan yang selesa, lengkap, lokasi yang amat strategik dan yang penting murah? Tempat Berambeh Guesthouse yang terletak 5 minit dari bandar adalah jawapannya.
Kemudahan/Fasiliti yang kami sediakan....................
Boleh memuatkan sehingga 10 orang :
2 bilik tidur, 1 dilengkapi penghawa dingin dan 1 lagi dilengkapi kipas angin dinding
Tilam, bantal dan selimut ekstra disediakan untuk tetamu
1 katil sofa disediakan di ruang tamu
2 bilik mandi, 1 dilengkapi Pemanas Air (Water Heater)
Dapur dan kelengkapannya; Periuk nasi elektrik, Jag air elektrik, Pembakar roti, Mesin Pengisar (Blender), pinggan mangkuk
Peti sejuk (untuk menyimpan makanan dan minuman HALAL sahaja)
Mesin Pembasuh Pakaian (Washing Machine)
Seterika dan Papan gosok (Iron board)
Ruang untuk menyidai pakaian
Sejadah dan telekung bersih disediakan
Tuala mandi yang bersih disediakan (untuk 4 orang)
Ruang tamu yang disediakan dilengkapi Penghawa dingin dan kipas angin siling
Khidmat Wi-Fi Percuma
Khidmat kereta sewa disediakan atas permintaan tetamu (contoh: Viva, Kenari, Avanza,
Van muatan 12 orang dan lain-lain lagi).
Lokasi : Hanya lebih kurang..................
15 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching
5 minit dari pusat bandaraya Kuching, Kuching Waterfront dan Waterfront Bazaar (pusat jualan barang-barang kraftangan)
5 minit dari Medan Niaga Satok (pasar basah dan pusat jualan ikan terubok asin)
5 minit dari bank-bank dan mesin-mesin ATM nya seperti Maybank, RHB, CIMB, Bank Islam, BSN
5 minit dari restoran dan kafeteria yang menawarkan makanan Sarawak yang lazat seperti Laksa Sarawak, Mi Kolok, Mi Jawa dan sebagainya.
5 minit berjalan kaki ke Masjid (kemudahan untuk Solat Jumaat)
20 minit ke pusat pelancongan utama seperti Kampung Budaya/Sarawak Cultural Village, Pantai Damai dan Gunung Santubong yang terkenal dengan lagenda nya.
5 minit ke pusat penjual Kek Lapis Sarawak yang dijamin sedap dengan harga yang amat berpatutan. Demonstrasi membuat kek lapis juga diadakan.
30 minit ke Pasar Serikin yang terletak di sempadan antara Sarawak dan Kalimantan (Pusat jualan barang-barang dari Indonesia yang terkenal)
30 minit ke pusat Universiti tempatan; UNIMAS dan UiTM
5 minit ke Hospital Umum Sarawak dan Normah Medical Specialist Centre
Caj:
RM190 semalam.
RM160 semalam untuk 3 hari 2 malam
RM130 semalam untuk 4 hari 3 malam ke atas
Deposit sebanyak RM50 semalam perlu dibayar semasa membuat tempahan.
Policy
Makanan HALAL sahaja dibenarkan masuk ke dalam rumah.
Tidak boleh membawa masuk minuman keras
Tidak boleh membawa masuk haiwan peliharaan
Location
LORONG SERULING 1F1
KUCHING
, Sarawak
93050
Malaysia
Book one of these spots now!