Asbah Homestay Bandar Perda Penang

near Bukit Mertajam , Penang

Hall
Bilik no.2
Meja makan
  • Hall
  • Bilik no.2
  • Meja makan

Room type
Private
Accommodates
1

Description

Asbah Homestay Perda menyediakan perkhidmatan penginapan harian yang memberi keselesaan kepada pelanggan yang bercuti di Pulau Pinang. Homestay kami berada di lokasi strategik iaitu:


♦ Berdekatan dengan Masjid di Bandar Perda & MPSP, hanya 300m dari Homestay Perda Penang.
♦ 300 meter ke Astaka Bandar Perda (tempat makan,food court).
♦ 5 minit ke UiTM Penang.
♦ 5 minit ke Politeknik Seberang Perai.
♦ 500 m – 1.5 km ke Hospital Pakar KPJ/Perda Mall/ Maybank/Bank Rakyat/ BIMB/ BSN/ LHDN / Wisma TNB/ Restoren/ Gerai/ Butik/ Farmasi/Bengkel kereta / Stesyen minyak.
♦ 10 – 15 minit ke Tapak Ekspo Seberang Jaya/TESCO
♦ 10 minit ke Tol Juru/ Auto City
♦ 10 – 15 minit ke Tol Sungai Dua
♦ 5 – 10 minit ke BKE (ke Kulim/Gerik/ dari Pantai Timur)
♦ Dalam lingkungan radius 5 – 15 km ke Bandar Bukit Mertajam / Perai / Butterworth / Sungai Dua
♦ 20 – 30 minit ke Kepala Batas (MRSM/ILP/Kolej Matrikulasi/SM Sains K.Batas/ ACMS/ NPC)
♦ 15 minit ke Tol Jambatan Pulau Pinang


Policy

Terma & Syarat
Am
Untuk Muslim sahaja.

Menghormati kawasan kejiranan, tidak membuat bisingsehingga mengganggu jiran-jiran.

Menggunakan peralatan perabot dan lain-lain dengan baik. Tidak boleh mengubah kedudukan perabot dalaman dan mengubahsuai.

Menggunakan air dan elektrik secara berhemah. Tutup suislampu, kipas, aircond dan peralatan elektrik lain apabila tidak diperlukan dan apabila keluar rumah.

Pastikan semua barang anda tidak tertinggal semasa check-out. Sekiranya tertinggal, sila maklumkan seberapa segera dan anda perlu mengambilnya. Sekiranya ingin diposkan, cas pos akan dikenakan.

Jika barang yang anda tertinggal dan berasa barang itu tidak berapa penting, mohon dihalalkan dan menjadi tanggungjawab pihak homestay untuk memanfaatkannya jika berguna.

Sekiranya anda tidak datang bersama ahli keluarga yang ada hubungan mahram anda dan rakan-rakan yang menginap mesti dari gender yang sama.

Anda harus meletakkan kenderaan di petak D108.

Anda hendaklah menggunakan kemudahan kolam renang dengan cara yang berhemah. Pas kolam renang akan diberikan dan segala kecuaian dan kecederaan adalah tanggungjawab sendiri.

Anda hendaklah membuang sampah di dalam tong sampah yang disediakan di Asbah Homestay atau jika ingin membuang sendiri, sila masukkannya ke dalam tong sampah besar yang disediakan di bahagian belakang Blok C atau Blok D. Sila pastikan juga anak-anak anda tidak mencampakkan barang2 daripada tingkat atas ke bawah.

Anda tidak boleh membawa masuk barangan yang dilarang oleh undang-undang negara.

Hanya makanan dan minuman yang halal mengikut hukum syara’ (peraturan Islam) sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke premis penginapan.

Anda adalah dilarang merokok di dalam rumah. Sekiranya ingin merokok, anda hanya dibenarkan merokok di balkoni sahaja.

Dilarang mengambil sebarang benda yang berada di Asbah Homestay.

Bayaran

Tempahan hanya akan disahkan (status ‘Booked’) setelah bayaran deposit sebanyak 40% dari jumlah keseluruhan bayaran.

Bayaran untuk tempahan boleh dibuat melalui CIMB bank. Sila simpan / email bukti pembayaran (masa,tempat,tarikh) anda kepada kami.

Bayaran penuh hendaklah dibuat dalam RM secara tunai sewaktu penyerahan kunci homestay ketika mendaftar masuk.

Masa check-in adalah pada jam 2:00 petang dan check-outpada jam 12:00 tengahari.

Pihak kami tidak akan memulangkan deposit sekiranya pihak tuan membatalkan penempahan penginapan.

Untuk panggilan “housekeeping” bayaran RM30/hari akan dikenakan.

PIHAK PENGURUSAN ASBAH HOMESTAY PERDA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEGALA KEHILANGAN, KEROSAKAN, KECEDERAAN TUBUH BADAN ATAU KEHILANGAN NYAWA PENYEWA ATAU TETAMU MEREKA DAN HARTA BENDA MASING-MASING ATAS APA JUA SEBAB KERANA APA YANG BERLAKU SEMEMANGNYA BERADA DILUAR KAWALAN PIHAK PENGURUSAN. KESELAMATAN PENGHUNI ADALAH TANGGUNGJAWAB SENDIRI. KAMI HANYA TERIKAT UNTUK MENYEDIAKAN KEMUDAHAN YANG SELESA UNTUK ANDA.


Location

Jalan Perda Barat, Bandar Perda
Bukit Mertajam , Penang
14000 Malaysia

Get Direction

RM150.00

per night