HOMESTAY TERATAK DESA

near KEPALA BATAS, , Penang

12779179_1129560007063286_3093796289941220431_o
1545809_1251549758191933_7314745025301069856_n
  • 12779179_1129560007063286_3093796289941220431_o
  • 1545809_1251549758191933_7314745025301069856_n
  • Room type: Private
  • Accommodates: 15

ALAMAT:
5660, Simpang Empat,
Permatang Buloh,
13200, Kepala Batas,
Seberang Perai Utara,
Pulau Pinang.

TERATAK DESA HOMESTAY
dilengkapi kemudahan penuh serta kebersihan yang dijamin.

Berlokasi di kawasan desa dan dikelilingi sawah padi, ianya menjanjikan
pengalaman dan kenangan yang tidak akan dapat dilupakan kepada sesiapa yang
menginap disini.

Rekabentuk tradisional homestay kami pasti menggamit kenangan silam. Ianya
mampu menampung max. Kapasiti Pelanggan sehingga 15 individu dalam satu masa.

Antara ciri-ciri " HOMESTAY TERATAK DESA "adalah seperti berikut:

1. Ruang Tamu Utama.
2. Dua (2) Bilik Tidur
3. Dapur Kering & Dapur Basah.
4. Bilik Air.
5. Parking Kenderaan (max.10 buah kenderaan.

Lain-lain Kemudahan Tambahan:
- TV Samsung 32' Full HD
- Meja Hidangan.
- Mesin Basuh
- Saterika & Papan Saterika.
- Peti Ais.
- Dapur Memasak.
- Pemanas Air.
- Perkakas Memasak.
- Perkakas Makanan & Minuman.
- Dapur BBQ
- Water heater (mandian)
- Basikal

Untuk gambaran yang lebih jelas & terperinci sila layari laman sosial Facebook
' HOMESTAY TERATAK DESA'

KELEBIHAN & KEISTIMEWAAN:
1. Lokasi Strategik berdekatan Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) 2KM
2. Berhampiran Pekan Kepala Batas (2.5km), Bandar Sunway Seberang Jaya (10km),
Bandar Perai (12km), Butterworth(14km), Bukit Mertajam (18km)
3. Berhampiran Kedai Makan, Kedai Runcit & Kedai Serbaneka.
4. Berdekatan Masjid.
5. Berhampiran dengan pelbagai kemudahan yang lain seperti;
- Pasaraya Besar (MyDin, Perda City Mall, Megamall, Tesco Extra, Sunway Carnival, Aeon Big dll).
- Bank & Mesin ATM (Maybank, CIMB, dll).
- Hospital & Klinik 24j (Kerajaan & Swasta).
- Balai Polis.
- Stesen Minyak 24j (Petron, Shell, Petronas, dll).
- Pelbagai Jenis Restoran/ Kedai Makanan/Minuman & Rangkaian Makanan Segera 24j (KFC,McD, Mamak dll).
- Pusat/ Jabatan Kerajaan di Kompleks Persekutuan Kepala Batas (2km)

KADAR (RATES):
HOMESTAY TERATAK DESA menyediakan penginapan & kemudahan lengkap untuk tempoh penginapan dalam jangka masa tertentu dengan kadar harga yang berbeza &
berpatutan.

RM150/ Malam = 30 Malam dan keatas. (NEGO.)
RM180/ Malam = 15 Malam dan keatas. (NEGO.)
RM200/ Malam = 1 Malam dan keatas.

* Tempahan: Minima RM(50%) x Jumlah Malam Penginapan + Cagaran Kerosakan/
Kehilangan Barang (30% hingga 40% daripada Jumlah Malam Penginapan).
* Pelanggan WAJIB menyerahkan Salinan Peribadi (Kad Pengenalan/ Passport) &
Menjelaskan BAYARAN PENUH (Bayaran Penginapan + Cagaran) sebelum daftar masuk
(terima kunci).
* Pelanggan hanya dibenarkan untuk daftar masuk (terima kunci) selepas jam
2.00 pm & daftar keluar (serah kunci) sebelum jam 12.00 pm.
* Bayaran tempahan atau bayaran penuh boleh dilakukan secara Tunai
* Bayaran alternatif juga boleh dilakukan melalui khidmat perbankan
atas-talian Maybank @ CIMB
* Bayaran menggunakan Kad Kredit/ Debit Tidak Diterima.
* Resit bayaran tempahan atau bayaran penuh melalui mesin ATM atau khidmat
perbankan atau perbankan atas-talian WAJIB disertakan sebagai Rujukan & Bukti
melalui aplikasi WhatsApp.
* Wang Cagaran Kerosakan/ Kehilangan Barang akan dikembalikan sekiranya tiada
sebarang masalah dari segi kerosakan atau berlaku sebarang kehilangan/
kerugian harta benda & seumpamanya.

Policy: TERMA & SYARAT:
- Kemasukan yang dibenarkan tidak melebihi 15 individu termasuk kanak-kanak.
- Jika berlaku sebarang Pembatalan Tempahan oleh Pelanggan, maka bayaran
Tempahan Minima (50%) daripada jumlah keseluruhan TIDAK BOLEH DITUNTUT atau
DITUKAR GANTI DENGAN SEBARANG BENTUK atau DIBAWA KETARIKH HADAPAN atau
SEUMPAMANYA, bergantung atas Budibicara oleh Pihak Pengurusan
- Jika Pelanggan ingin melakukan sebarang Pertukaran Tarikh Penginapan,
Pelanggan perlulah memaklumkan kepada Pihak Pengurusan dengan kadar SEGERA,
bergantung atas Kekosongan & Budibicara oleh Pihak Pengurusan.
- Dilarang membawa Minuman Keras & Makanan Tidak Halal.
- Dilarang melakukan Sumbang Mahram/ Maksiat.
- Dilarang melakukan sebarang Aktiviti Tidak Sihat atau Haram & semua yang
berkaitan didalam atau diluar kawasan rumah/ premis yang melanggar
undang-undang Agama & Negara.
- Dilarang melakukan sebarang Aktiviti/ Program/ Majlis & seumpamanya samada
didalam atau diluar kawasan rumah/ premis TANPA KEBENARAN daripada Pihak Pengurusan.
- Dilarang Membawa Haiwan Peliharaan.
- Dilarang Mengganggu Ketenteraman Awam, Penduduk Setempat & Jiran Tetangga.
- Dilarang Melakukan Kekotoran & Kerosakan didalam atau diluar kawasan rumah/
premis.
- Dilarang Mengubah Struktur/ Kedudukan asal Perabot, Alatan-Alatan Elektrik
atau Elektronik, Barang-Barang Hiasan & seumpamanya samada didalam atau diluar
kawasan rumah/ premis tanpa kebenaran daripada Pihak Pengurusan.
- Pihak Pengurusan TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ke atas Sebarang Kecederaan &
seumpamanya yang berlaku samada didalam atau diluar kawasan rumah/ premis yg
dialami oleh Pelanggan semasa Tempoh Penginapan.
- Pihak Pengurusan Juga Tidak Akan Bertanggungjawab ke atas Sebarang
Kehilangan/ Kerosakan Barang atau Harta Milik Pelanggan & seumpamanya semasa
tempoh penginapan samada didalam atau diluar kawasan rumah/ premis.
- Semasa tempoh penginapan adalah menjadi Tanggungjawab Sepenuhnya ke atas
Pelanggan untuk Menjaga & Memastikan keadaan rumah/ premis serta segala harta
benda yang berkenaan milik HOMESTAY TERATAK DESA sentiasa dalam Keadaan BAIK &
SELAMAT.
- Pihak Pengurusan berhak membuat sebarang bentuk PINDAAN atau PERUBAHAN
berkenaan HOMESTAY TERATAK DESA dari semasa ke semasa.
- Jika berlaku mana-mana Salahlaku seperti diatas atau seumpamanya atau yang
berkaitannya, maka Pihak Pengurusan BERHAK & Tidak Teragak-Agak untuk
mengambil SEBARANG TINDAKAN DRASTIK yang sepatutnya demi menjaga HAK &
KEPENTINGAN Pihak Pengurusan serta Penduduk/ Jiran setempat.

RM 200.0 per night

Share

Location

SIMPANG EMPAT, PERMATANG BULOH,
KEPALA BATAS, , Penang
13200 Malaysia


Get Direction