Hanani’s Homestay @ Guesthouse Alur Lintang, Besut, Terengganu, Malaysia. Near Kampung Raja

near ALOR LINTANG, BESUT, TERENGGANU. GPS 5.773873,102.541237 , Terengganu

Img_2450
Img_2432
Img_2473
Img_2458
  • Img_2450
  • Img_2432
  • Img_2473
  • Img_2458
  • Room type: Private
  • Accommodates: 6

Homestay Kampung Alur Lintang, Kampung Raja, Besut. Rumah jenis Semi D menyediakan penginapan alternatif berkonsepkan rumah kediaman dalam suasana kontemporari yang selesa kepada pengunjung yang datang bercuti / melancong / rombongan perkahwinan dll ke Besut.

Pakej Harga PROMOSI!!
** Hari biasa - Rm 180
** Cuti Public holidays/School holidays - Rm 200
Diskaun menarik diberikan kepada pelanggan yang menginap 3 hari dan ke atas
(Harga Pasaran RM200-Rm300)

Sehari semalam dikira dalam masa 24 jam. Jika lebih akan dikira 2 hari.
Walaupun malam sahaja akan dikira sehari (check in malam-check out pagi)
**Check in – Selepas 12 tengahari
**Check out - Sebelum 12 tengahari kesesokan hari.
**Jika ada perubahan masa sila maklumkan sebelum membuat booking.

DEPOSIT (UNTUK BOOKING) : RM50 untuk 1 hari (contoh: 3 hari = Rm150)
Payment option:
- Online payment for booking.
- Cash on check in date

KELENGKAPAN
~3 Bilik
~2 Bilik Air
>Ruang Tamu –TV LED, Sofa, kerusi dan meja makan.
>Bilik Tidur Utama - aircond & kipas, bilik air, water heater & shower, katil queen, Almari pakaian,
>Bilik Tidur ke 2 - Kipas dinding, meja, katil single ( tilam toto extra disediakan).
>Bilik Tidur ke 3 – Kipas siling, meja, katil single ( tilam toto extra disediakan).
~Dapur - lengkap peralatan memasak, periuk nasi elektrik, pemanas air, dapur gas, kuali, periuk, pinggang mangkuk, gelas sudu dll. Kipas Syiling, peti ais.
~Lain-lain: Ampai penyidai tuala, sejadah, mesin basuh automatic, tempat gantung buaian.

LOKASI BERDEKATAN:

10 Minit ke bandar Jertih
10 minit ke Kuala Besut

Radius 3-20km Dari:
-Jeti ke Pulau Perhentian, Pulau Redang, Pulau Lang Tengah
-Wisma Persekutuan Kg Raja
-Pantai Bukit Keluang, Pantai Air Tawar
-Hutan Lipur Lata Tembakah (30 min)
-La Hot Spring (40 min)
-Gunung Tebu
-Maktab Perguruan Sultan Mizan
-Institut Kemahiran Mara (IKIM Besut)
-MRSM Kota Putra & MRSM Besut
-Sekolah Teknik Besut
-Institut Latihan Islam Malaysia, ILIM
-Imtiaz Kampung Raja
-Pejabat Pelajaran Daerah Besut
-Kompleks Rakan Muda
-Kompleks Sekolah SMK Tengku Mahmud 1 dan 2, SMK Nasiruddin Shah,SM Teknik Besut
-Pejabat Pendaftaran Negara
-Pejabat Imigresen Daerah Besut
-Kompleks Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
-Kompleks Biro Tata Negara (BTN)
-Kompleks Tentera Udara Gong Kedak
-Pelbagai Pejabat Kerajaan di Kampong Raja

Policy: Terma & Syarat


• Terma dan Syarat berikut perlu dibaca sebelum anda membuat tempahan dan perlu dipatuhi semasa anda menginap di homestay kami.
• Untuk tinggal di Hanani’s homestay anda perlu sms / email tempahan.
• Hanani’s Homestay tidak menerima tetamu yang ingin menginap secara tiba-tiba (ad-hoc).
• Jika anda ingin menginap di HomeStay kami anda perlu membuat tempahan awal sekurang-kurangnya 3 hari awal sebelum tarikh penginapan anda.
• Selepas anda membuat tempahan, sila buat bayaran mengikut harga yang kami emailkan kepada anda. Tempahan anda hanya akan diproses selepas pihak kami menerima bayaran. Bayaran perlu dibuat dalam tempoh 3 atau 7 hari dari tarikh tempahan tersebut.
• Jika anda tidak dapat membuat bayaran dalam tempoh yang dinyatakan sila maklumkan kepada kami.
• Jika dalam tempoh diatas, pihak kami tidak menerima apa-apa maklumbalas dari anda, tempahan anda akan terbatal dengan sendiri dan selepas tempoh itu, pihak kami akan membuka tempahan kepada pelanggan lain.
• Hanani’s Homestay hanya membenarkan tetamu sah yang berdaftar sahaja untuk menginap disini.
• Untuk tujuan ini anda perlu menunjukkan “Slip Pengesahan Penginapan” dan kad pengenalan / Passport kepada kami semasa anda mendaftar masuk (check-in).
• Jika lewat selepas waktu sepatutnya wang deposit/cagaran tidak akan dikembalikan.
• Jika terdapat perubahan waktu check-in / check out, sila maklumkan kepada kami sehari awal sebelum kedatangan anda. Untuk mengelak kesulitan, sila semak tarikh anda menyewa homestay adalah BETUL.
• Sekiranya tempahan dibatalkan 5 hari sebelum tarikh check in, kami akan memulangkan semua bayaran sewa harian anda kecuali wang cagaran RM50 tidak akan dipulangkan.
• Tapi jika pembatalan dilakukan dalam tempoh 1-2 hari dari tarikh anda check in, bayaran sewa serta wang cagaran anda tidak akan dikembalikan. Ini kerana bila anda membatalkan penginapan anda, pihak kami akan menanggung kerugian kerana telah menolak permohonan penyewa lain yang ingin menginap pada tarikh tersebut.
• Jadi sebelum anda membuat tempahan pastikan anda benar-benar ingin menginap pada tarikh yang anda tempah.
• Anda bertanggungjawab menjaga keselamatan rumah dan barang-barang yang disediakan dalam homestay semasa anda menginap disini.
• Jika anda keluar meninggalkan rumah atau tidur di waktu siang/malam pastikan anda telah menutup dan mengunci pintu, tingkap dan pintu pagar.
• Semua suis elektrik hendaklah dipadam selepas digunakan. Penghuni digalakkan menutup semua suis termasuk suis kipas / lampu /aircond apabila meninggalkan rumah.
• Tetamu yang menginap disini tidak dibenarkan dengan sengaja merosak atau mencuri barangan dan peralatan yang disediakan di dalam homestay ini.
• Jika berlaku kecurian atau kerosakan pihak pengurusan berhak menuntut bayaran ganti rugi atau melaporkan kecurian kepada pihak polis.
• Tidak dibenarkan membawa keluar barang-barang yang terdapat di dalam rumah tanpa kebenaran pihak pengurusan homestay ini.
• Sila buang semua bungkusan makanan yang tidak digunakan ke dalam tong sampah yang disediakan.
• Bagi tujuan keselamatan merokok adalah di larang di dalam rumah.
• Tidak dibenarkan membawa binatang peliharaan.
• Tidak dibenarkan membuat bising hingga menganggu ketenteraman jiran-jiran berdekatan.
• Sila jaga tatasusila di dalam dan di luar rumah agar tidak mengganggu penghuni lain.
• Pastikan semua barang dan peralatan diletakan di tempat asal sebelum anda check-out.
• Kunci rumah hendaklah diserahkan kepada kami bila anda check-out.
• Bayaran deposit / wang cagaran RM50 akan dipulangkan semula kepada anda sebaik sahaja anda menyerahkan kunci setelah pihak pengurusan memastikan tiada kerosakan, kecurian atau kehilangan peralatan di dalam rumah dan tiada kelewatan waktu check-out.
• NOTIS PIHAK PENGURUSAN Hanani’s Homestay TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS KEHILANGAN, KEROSAKAN ATAU KECEDERAAN PADA TUBUH BADAN DAN HARTA BENDA PENGHUNI ATAU TETAMU MEREKA DI ATAS KECUAIAN DAN KELALAIAN MEREKA SENDIRI SEMASA MENGINAP DI SINI.

RM 180.0 per night

Share

Location

JALAN TAMAN FIRDAUS, DEPAN SMK NASSIRUDDIN SHAH
ALOR LINTANG, BESUT, TERENGGANU. GPS 5.773873,102.541237 , Terengganu
22200 Malaysia


Get Direction