near Kampar , Perak
Description
Destinasi pelancongan agro dan eko untuk seisi keluarga beriadah dan bersantai.
Selari dengan fokus kepada pelancongan agro dan eko, para pengunjung di Sahom Farm Retreat dapat menjalankan aktiviti-aktiviti riadah berikut:-
- bersantai sambil berehat didalam suasana kehidupan kampung
- mandi di kolam renang kanak-kanak atau di sungai berhampiran
- berkaraoke
- memasak hidangan kegemaran
- memanggang kambing, rusa, burung unta, ayam dan ikan segar
- memancing ikan
- bermain "paintball"
- berkayak (dalam perancangan)
- memberi makan haiwan ternakan
- berbasikal sekitar kampung Sahom dan penempatan orang Asli
- treking hutan dan bukit
- "bird's watching"
- mencuba bakat menyumpit
- memanah
- menunggang burung unta (dalam perancangan)
- menunggang ATV (dalam perancangan)
- menikmati buah-buahan tempatan segar dari dusun (di musim buah-buahan)
Antara tempat tumpuan para pelancong yang berdekatan ialah:-
- air terjun Lata Kincang - 8 km
- Gua Tempurong - 15 km
- Muzium Kapal Korek Tanjung Tualang - 18 km
- Muzium Gopeng - 20 km
- Padang Golf Clear Water - 25 km
- Taman Tema Air Tambun Lost World - 25 km
- pusat peranginan Cameron Highland - 50 km
Sahom Farm Retreat terletak di sebuah perkampungan yang bernama Kampung Sahom. Terdapat sebuah kawasan seluas 50 ekar di kampong tersebut yang menjalankan aktiviti ternakan dan perladangan. Ladang ini adalah projek usahasama antara Sahom Farm dengan Koperasi Keluarga Rahmah Kampar Berhad.
Dengan potensi yang ada maka Sahom Farm Retreat diwujudkan bagi menyediakan tempat percutian yang berlatarbelakangkan ladang ternakan dan perladangan. Kemudahan-kemudahan yang tersedia ada membolehkan ia menjadi tempat percutian untuk keluarga, perjumpaan kenalan, berseminar dan kem motivasi murid sekolah.
Buat masa ini terdapat sebuah villa yang dinamakan Kampung Warisan yang menyediakan kemudahan sebuah bilik tidur keluasan 800 kp, ruang tetamu, ruang rekreasi, dewan serbaguna, bilik persalinan L/P, ruang dapur/makan, kolam renang, pondok rehat, kolam hiasan ikan koi dan dataran riadah.
Villa ini diberi nama Kampung Warisan kerana kebanyakan hiasan dalamannya adalah daripada barangan antik hasil peninggalan arwah Hjh. Rahmah bt. Abdullah yang dipindahkan dari rumah asalnya di Kampung Bata, Malim Nawar, Perak. Antara barangan antik yg dipamirkan adalah katil besi, almari solek, almari gantung baju, mesin jahit dan sofa rotan. Barangan antik yang diperolehi dari sumber lain juga turut dipamirkan seperti mesin getah, pengisar ais, pump air tanah, lesong beras, penggilik cili, motosikal buatan 1980an dan lain-lain lagi. Dengan adanya barangan antik ini menjadikan Villa Kampong Warisan seperti muzium hidup. Villa ini menempatkan satu katil antik "king sized". Namun, disebabkan villa ini luas, ia mampu menampung lebih 10 orang pengunjung.
Binaan bangunan adalah diperbuat daripada kayu dan batu sungai yang diperolehi disekitar kawasan berdekatan ladang. Tiang-tiang bangunan menggunakan batang pokok jenis kayu keras manakala dinding bata disalut dengan batu sungai. Rekabentuk bangunan yang berkonsepkan keterbukaan dan bersantai akan memberi keselesaan dan pengalaman yang berlainan kepada pengunjung.
Di Sahom Farm Retreat para pengunjung boleh bermandi-manda dan berkelah di sungai yang mengalir merentasi ladang ini, memancing di kolam ikan yang disediakan, menjejak hutan Gunung Bujang Melaka bersebelahannya, berbasikal sambil melawat perkampungan orang asli atau hanya bersantai didalam suasana kampong yang tenang dengan kabus pagi yang sejuk, udara yang segar dan nyaman.
Pengunjung juga boleh berjinak-jinak dengan haiwan ternakan seperti rusa, landak, lembu, kambing, dan burung unta atau melihat sendiri aktiviti kebun kelapa sawit disekitarnya. Terdapat juga haiwan kesayangan seperti kucing, burung merak, itek, arnab dan sebagainya yang pasti menambat hati pengunjung.
Untuk makluman juga Sahom Farm Retreat sedang melaksanakan projek fasa ke2 iaitu membina sebuah lagi villa yang dinamakan Kampung Tepian Sungai dan tempat perkhemahan yang dinamakan Kampung Kembara. Kedua-dua perkampungan ini dijangka siap pada penghujung tahun ini.
Kampung Tepian Sungai ini terletak ditebing sungai memudahkan pengunjung bermandi-manda dan berkelah di sungai tersebut. Villa ini akan menyediakan kemudahan lima (5) bilik tidur, bilik persalinan L/P, ruang tetamu, ruang rekreasi, dewan serbaguna, ruang dapur/makan, pondok rehat dan kolam hiasan ikan koi.
Manakala Kampong Kembara yang juga terletak ditebing sungai dan kolam ikan amat sesuai untuk aktiviti berkumpulan seperti kem motivasi murid sekolah, seminar dan riadah lasak seperti permainan "paint ball", kayak, "white water rafting" dan "mountain biking". Antara kemudahan yang akan disediakan ialah tapak khemah yang boleh memuatkan 100 orang, dewan serbaguna, dewan makan, bilik persalinan L/P dan dataran riadah.
Pembangunan seterusnya iaitu fasa ke3 adalah untuk membina sebuah restoran terapong beserta dengan kemudahan-kemudahan yang berkaitan di atas sebuah kolam peninggalan lombong bijih timah. Bangunan surau, "outlet" menjual produk ternakan, "proshop" peralatan memancing juga turut dibina disini. Hidangan makanan yang akan disediakan di restoran ini adalah dari hasil ternakan dan tanaman yang diusahakan di ladang ini secara "organic farming". Bagi menarik minat pengunjung makanan exotik turut dihidangkan seperti daging rusa, burung unta, landak dan arnab. Para pengail juga boleh membakar ikan segar yang dipancingnya.
Apabila siapnya keseluruhan pembangunan yang dirancangkan ini akan menjadiakan Sahom Farm Retreat sebagai satu destinasi pelancongan yang menyediakan pelbagai aktiviti yang berteraskan pelancongan agro dan eko.
Pengunjung boleh daftar masuk bermula pada jam 12 tengahari dan daftar keluar sebelum 12 tengahari. Pengunjung juga boleh menghubungi pihak kami pada bila-bila masa sahaja termasuk pada jam di luar waktu pejabat.
Policy
1. Pengunjung dilarang untuk membawa pulang buah-buahan tempatan yang boleh didapati di Sahom Farm Retreat.
2. Khemah tidak disediakan oleh pihak Sahom Farm Retreat.
3. Pihak Sahom Farm Retreat tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kecuaian dan kemalangan yang berlaku semasa penginapan anda di Sahom Farm Retreat.
Location
Kampung Sahom
Kampar
, Perak
31900
Malaysia
Book one of these spots now!