zarrahomestay @ Alor Setar

near Alor Setar , Kedah

Poster-16a
Poster-18a
Poster24a
  • Poster-16a
  • Poster-18a
  • Poster24a
  • Room type: Private
  • Accommodates: 13

Kenapa perlu memilih zarrahomestay?

Keselesaan anda keutamaan kami...
Kami menawarkan perkhidmatan terbaik untuk pelanggan kami.
Lokasi strategik...cuma 2.5km dari susur keluar tol Alor Setar Utara..pasti anda tidak sesat, tak perlu guna GPS untuk mengesan lokasi zarrahomestay.
Sekiranya anda tidak pernah datang ke Alor Setar sekali pun, pasti tidak sesat untuk mencari lokasi zarrahomestay.
Ruang yang luas dan selesa, bukan saja kanak-kanak puas berlari...anda yang dewasa pun boleh berlari-lari.
200 meter sahaja dari Hospital Sultanah Bahiyah...boleh berjalan kaki sahaja untuk ke hospital.
Mini market dan kedai runcit hanya dibelakang rumah sahaja...anda tidak perlu memandu untuk ke kedai bagi membeli keperluan asas dan sebagainya.
Restoran hanya di belakang rumah sahaja...pilih citarasa anda...makanan melayu atau masakan mamak.


Antara kemudahan yang kami sediakan:

4 bilik tidur yang luas dan selesa (3 bilik dilengkapi kipas siling dan aircond)
Bilik utama dilengkapi dengan 1 unit katil bersaiz queen dengan tilam berkualiti
Bilik Ke-2 dilengkapi dengan 1 unit katil queen dan 1 unit katil single dengan tilam berkualiti
Bilik Ke-3 dilengkapi dengan 1 unit katil single dengan tilam berkualiti
Bilik Ke-4 dilengkapi dengan 2 katil single (kipas siling sahaja)
Kami sediakan Bantal kekabu asli bagi memastikan kepuasan tidur anda
3 tandas yang luas dan selesa (bilik air utama dilengkapi dengan water heater)
Ruang tamu yang luas
Ruang sembahyang yang luas
Sejadah dan Kain telekong
TV dan Astro
DVD player
Bahan bacaan (majalah)
Peti sejuk 2 pintu
Almari
Mesin basuh automatik
Dapur masak dan hood
Periuk nasi elektrik
Cerek air elektrik
Seterika & ironboard
Microwave oven
Set meja makan
Keperluan pinggan dan cawan
Sofa
Ampaian kain
Tuala ( 3 helai)
Sabun mandi

Policy:
8. Masa “check-in” 2.00 petang, “check –out” 12.00 tengah hari. Sekiranya pada hari sebelum tidak ada tempahan, masa check-in boleh diawalkan mengikut persetujuan.


*******************************

SYARAT YANG PERLU DIPATUHI SEPANJANG BERADA DI ZARRAHOMESTAY

Bertanggungjawab menjaga keselamatan rumah dan barang-barang yang disediakan semasa menginap disini. Pastikan pintu dan tingkap dikunci semasa anda tidur atau keluar.
Penghuni diharap dapat memastikan semua suis termasuk kipas / lampu /aircond ditutup setiap kali apabila keluar meninggalkan homestay.
Jika berlaku kecurian atau kerosakan pihak pengurusan berhak menuntut bayaran ganti rugi atau melaporkan kecurian kepada pihak polis.
Tidak dibenarkan membawa keluar barang-barang yang terdapat di dalam rumah tanpa kebenaran pihak pengurusan homestay ini.
Sila buang semua bungkusan makanan yang tidak digunakan ke dalam tong sampah yang disediakan.
Bagi tujuan keselamatan merokok adalah di larang semasa anda berada di dalam bilik.
Tidak dibenarkan membawa binatang peliharaan.
Tidak dibenarkan membuat bising hingga menganggu ketenteraman jiran-jiran berdekatan.
Pastikan semua barang dan peralatan diletakan di tempat asal sebelum anda check-out.

RM 300.0 per night

Share

Location

Taman Sri Astana
Alor Setar , Kedah
05460 Malaysia


Get Direction