Villa Meena Homestay Bandar Baru Bangi (Rumah Teres 3 Tingkat dengan 5 Bilik tidur yang luas dan selesa)

near Bandar Baru Bangi , Selangor

This post is not approved yet.
2295b2a0-d7f2-4f69-bea8-69eba6be5af8
Ca5f8e11-d187-45d9-acb8-74f2129b3d18
Ca380b28-8f0b-44c5-9fff-27d9f45d89e2
Ca5f8e11-d187-45d9-acb8-74f2129b3d18
8e979d74-d7ba-41e0-b7e0-1905f5125d28
Ca83173f-e84e-4de4-969c-7768a0c6c394
204f93f7-ad21-441c-b720-34b54aed323e
720b5632-28d2-4b97-80d4-50a10e99695b
2a92149b-bb2d-4713-ba07-dbaf131878de
D5e3db49-7a56-45f3-ab2d-54bfb4adb883
D0ea75d5-b327-4905-8150-33bae1cba27e
  • 2295b2a0-d7f2-4f69-bea8-69eba6be5af8
  • Ca5f8e11-d187-45d9-acb8-74f2129b3d18
  • Ca380b28-8f0b-44c5-9fff-27d9f45d89e2
  • Ca5f8e11-d187-45d9-acb8-74f2129b3d18
  • 8e979d74-d7ba-41e0-b7e0-1905f5125d28
  • Ca83173f-e84e-4de4-969c-7768a0c6c394
  • 204f93f7-ad21-441c-b720-34b54aed323e
  • 720b5632-28d2-4b97-80d4-50a10e99695b
  • 2a92149b-bb2d-4713-ba07-dbaf131878de
  • D5e3db49-7a56-45f3-ab2d-54bfb4adb883
  • D0ea75d5-b327-4905-8150-33bae1cba27e
  • Room type: Private
  • Accommodates: 12

Anda sedang mencari penginapan homestay yang besar, selesa dan berpatutan di Bandar Baru Bangi?

Tahniah kerana anda telah menjumpai Villa Meena! Villa Meena merupakan sebuah homestay yang besar dan selesa di Bandar Baru Bangi (berdekatan dengan Seksyen 7, Bandar Baru Bangi) yang sangat sesuai untuk memuatkan keluarga yang besar untuk bercuti bersama-sama atau menziarahi kenduri kahwin. Villa Meena merupakan rumah teres 3 tingkat beserta 5 bilik tidur yang besar dan selesa. Bandar Baru Bangi terletak berdekatan dengan Kajang, Putrajaya, Cyberjaya, Seri Kembangan dan hanya lebih kurang 30 minit ke KLCC dan ke KLIA tanpa gangguan trafik.

Villa Meena terletak sangat berdekatan dengan restoran, kedai Mamak, kedai runcit, myMydin, kedai dobi, 7-11 dan sebagainya! Anda akan menyukai Villa Meena kerana katil yang selesa, dapur yang lengkap dengan peralatan memasak termasuklah Microwave Oven, board games seperti Monopoly, majalah dan bahan bacaan yang kami sediakan untuk anda. Villa Meena amat sesuai untuk keluarga yang besar, kumpulan rakan-rakan yang ramai, lawatan kerja dan sebagainya.
Berminat?

Selamat datang ke VILLA MEENA @ BANDAR BARU BANGI, MALAYSIA
1. The Space

Bilik tidur: 5
Bilik Air: 5
Jenis Rumah: Rumah teres 3-tingkat (tengah/intermediate)
Jenis Hiasan: “Fully furnished” dengan 3 bilik tidur dipasang penghawa dingin
Tempat letak kereta : Dua buah kereta boleh disimpan di dalam rumah
(Boleh memuatkan lagi dua buah kereta di hadapan rumah, terdapat kawasan berdekatan yang boleh letakkan kereta yang tidak mengganggu jiran sekiranya mempunyai lebih dari 4 kereta)

2. Muatan

Villa Meena boleh memuatkan 12 orang dengan selesa atas 6 buah katil bersaiz Queen yang kami sediakan. Walau bagaimanapun, anda juga boleh memuatkan tambahan lagi 2 orang (Jumlah 14 orang) dengan selesa dengan menggunakan sofabed dan juga sofa di ruang tamu tingkat 3 yang kami sediakan.

Di Villa Meena terdapat dua ruang tamu iaitu di tingkat 1 dan tingkat 3. Ruang tamu tingkat 1 dilengkapi dengan sofa set dan TV set beserta permainan board games dan majalah, manakala ruang tamu di tingkat 3 dilengkapi dengan sofa dan majalah, sesuai untuk tujuan berehat dan membaca.

3. Ruang makan dan dapur

Ruang makan Villa Meena Homestay Bandar Baru Bangi yang terletak di tingkat 1 dilengkapi dengan set meja makan yang boleh memuatkan 6 orang pada satu masa.

Dapur kami dilengkapi dengan peti ais, cerek air, peralatan memasak dan sedia untuk digunakan. Kami juga ada menyediakan microwave over dan juga electric cooker untuk kegunaan anda.


3. Keselesaan

Kami menyediakan katil divan beserta tilam yang empuk, bantal bertaraf hotel dan duvet.

3 bilik tidur dilengkapi dengan penghawa dingin dan kipas siling manakala dua lagi bilik tidur dilengkapi dengan kipas siling sahaja.

Kesemua bilik tidur bersambung dengan bilik air (3 bilik tidur mempunyai bilik air sendiri manakala 2 buah lagi berkongsi bilik air yang sama. Kesemua 4 buah bilik air yang bersambung dengan bilik tidur ini dilengkapi dengan water heater, syampoo dan sabun.

Susunan bilik tidur:

Bilik Tidur 1 (Penghawa Dingin + Kipas Siling) – Bilik Besar (Tingkat 2 dengan balkoni)
1 katil saiz Queen beserta duvet dan 2 bantal bertaraf hotel untuk anda tidur dengan nyenyak.
1 unit penggantung baju dilengkapi dengan tempat letak baju kotor dan hangar.
1 bilik air persendirian dilengkapi dengan water heater, tempat penggantung towel, shampoo dan sabun badan.

Bilik Tidur 2 (Kipas Siling sahaja) – Bilik Sederhana (Tingkat 2, tiada balkoni)
1 katil saiz Queen beserta duvet dan 2 bantal bertaraf hotel untuk anda tidur dengan nyenyak.
1 unit penggantung baju dilengkapi dengan tempat letak baju kotor dan hangar.
1 bilik air (berkongsi dengan Bilik Tidur 3) dilengkapi dengan water heater, tempat penggantung towel, shampoo dan sabun badan.

Gambar: Bilik bersaiz sederhana.

Bilik Tidur 3 (Kipas siling sahaja) – Bilik Sederhana (Tingkat 2, tiada balkoni)
1 katil saiz Queen beserta duvet dan 2 bantal bertaraf hotel untuk anda tidur dengan nyenyak.
1 unit penggantung baju dilengkapi dengan tempat letak baju kotor dan hangar.
1 bilik air (berkongsi dengan Bilik Tidur 2) dilengkapi dengan water heater, tempat penggantung towel, shampoo dan sabun badan.
1 Queen-sized bed with duvet and 2 hotel-grade pillows for your good night sleep
1 unit of clothing rack attached with laundry bag + 5 hangers
1 attached shared bathroom (shared with Bedroom 2) with water heater, towel rack, shampoo & body foam provided

Gambar: Bilik air yang bersambung dengan bilik kesemuanya dilengkapi dengan water heater, penggantung tuala, cermin, tisu, shampoo dan sabun badan untuk kegunaan anda.

Bilik Tidur 4 (Penghawa Dingin + Kipas Siling) – Bilik Besar (Tingkat 2 dengan balkoni)
1 katil saiz Queen beserta duvet dan 2 bantal bertaraf hotel untuk anda tidur dengan nyenyak.
1 unit sofa bed
1 unit penggantung baju dilengkapi dengan tempat letak baju kotor dan hangar.
1 bilik air persendirian dilengkapi dengan water heater, tempat penggantung towel, shampoo dan sabun badan.

Bilik Tidur 5 (Penghawa Dingin + Kipas Siling) – Bilik Extra Besar (Tingkat 2, tanpa balkoni)
2 katil saiz Queen beserta duvet dan 4 bantal bertaraf hotel untuk anda tidur dengan nyenyak.
1 unit penggantung baju dilengkapi dengan tempat letak baju kotor dan hangar.
1 bilik air persendirian dilengkapi dengan water heater, tempat penggantung towel, shampoo dan sabun badan.

Gambar: Bilik Extra Besar kami yang dilengkapi dengan 2 katil Queen.
4. Kemudahan-kemudahan lain

Kami ada sediakan iron dan iron board beserta pengering rambut untuk kegunaan anda.

5. Kerja

Kami juga ada menyediakan 1 unit meja dan kerusi untuk kegunaan anda semasa penginapan anda di Villa Meena.

6. Hiburan Dalaman

Selain set TV, kami juga ada menyediakan majalah, komik dan board games untuk memenuhi masa lapang anda bermain bersama keluarga dan rakan-rakan.

Gambar: Salah sebuah board game yang ada di Villa Meena. Kami mempunya beberapa board games lagi untuk hiburan anda!

7. Sekuriti

Villa Meena terletak dalam kawasan berpagar dan kawasan ini mempunyai penjaga sekuriti 24/7. Kami akan menyediakan 1 unit remote untuk pagar sekuriti untuk kegunaan anda semasa penginapan anda di Villa Meena Homestay Bandar Baru Bangi.

8. Live and Play

Terdapat sebuah taman permainan kecil untuk anak-anak anda berjarak dalam 1-2 minit berjalan kaki dari rumah tersebut. Sekiranya berminat dengan taman permainan yang lebih besar, terdapat Taman Tasik Cempaka di tengah-tengah Bandar Baru Bangi (lebih kurang 5 minit driving) di mana anda boleh pergi berjogging dan menjalankan aktiviti riadah. Di Taman Tasik Cempaka juga mempunyai taman permainan yang besar untuk kanak-kanak (lihat gambar di bawah). Selain itu, terdapat juga Bangi Wonderland Waterpark yang terletak lebih kurang 15 minit dari Bandar Baru Bangi (anda perlu masuk ke Tol Bangi menghala ke Selatan dan keluar di exit Putra Mahkota, satu toll sahaja).

Gambar: Taman permainan di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi.

Akses untuk Penginap

Anda boleh mengakses keseluruhan rumah kecuali sebuah bilik stor yang berkunci. Selepas anda meletakkan deposit untuk booking, kami akan menyediakan guide untuk tujuan check-in.

Harga RM390/malam
Dapatkan harga RM350/malam untuk malam kedua dan seterusnya.


Jangan lepaskan peluang ini. Ini merupakan harga terbaik untuk rumah sebesar ini di Bandar Baru Bangi.

Policy: 1. No cooking pork and lard
2. No smoking inside the house
3. No alcohol
4. No wild parties
5. No pet allowed.

RM 399.0 per night

Owner

Nisa Aziz

Share

Location

Jalan Kajang Impian 2/9, Taman Kajang Impian
Bandar Baru Bangi , Selangor
43650 Malaysia


Get Direction